Sejarah

Kecemerlangan Melebihi 35 Tahun

Dalam tempoh 35 tahun, REAL Schools telah berkembang daripada sebuah sekolah swasta di sebuah banglo sewa kepada 3 kampus yang dibina khas di Shah Alam, Johor Bahru dan Cheras, yang menawarkan sukatan pelajaran sekolah antarabangsa dan kebangsaan. Pada masa itu, lebih daripada 25,000 pelajar, ramai daripada mereka yang telah mendapat tempat di universiti terkemuka termasuk Universiti Cambridge, merupakan lepasan pelajar dari sekolah kami.

Sebagai salah seorang perintis dalam bidang pendidikan dan model pendidikan sejagat, REAL Schools kini menawarkan kelebihan yang melebihi fokus tradisional dan pengajaran cemerlang dalam semua mata pelajaran akademik, satu sukatan pelajaran diperluaskan yang merangkumi program untuk mengajar pelajar kami "Kemahiran Dunia Sebenar" dan membekalkan bimbingan serta pengalaman kepada mereka, untuk mengungkai diri mereka dan dunia 4IR, dan mencari haluan kerjaya yang terjamin.

Berikut merupakan beberapa peristiwa penting dalam sejarah kami:


1986

Sekolah Sang Suria (kemudian dikenali sebagai Sekolah Seri Suria dan seterusnya REAL Schools, Kampus Cheras) memulakan operasi di sebuah banglo sewa di Cheras dengan pendaftaran seramai 40 pelajar. Sekolah perintis ini ketika itu berada di bawah Education Ventures Sdn Bhd

1992

Sekolah Seri Suria (yang kemudiannya dikenali sebagai REAL Schools, Kampus Cheras) dipindahkan ke kampus baharu yang dibina khas di kawasan seluas 10-ekar di Hulu Langat di mana sekolah itu kini terletak.


1994

Falsafah 'Pendidikan R.E.A.L' diilhamkan, membawa kepada penulisan dan penerbitan kurikulum REAL tersendiri yang membentuk amalan memupuk Kecerdasan Pelbagai dalam diri setiap pelajar


1999

Kampus kedua REAL dibina dan bertapak di Shah Alam, Selangor bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk pendidikan berkualiti

2008

Pada 13 Oktober 2008, Education Ventures Sdn Bhd secara rasmi menukar namanya kepada REAL Education Group Sdn Bhd bagi menyelaraskan semua unit perniagaannya di bawah satu jenama - 'R.E.A.L'REAL meluaskan cawangannya ke arah selatan dengan menambah ahli ketiga dan terbaharu keluarga REAL Schools di Permas Jaya, Johor Bahru, yang mendokong matlamat yang samaREAL Schools, Kampus Shah Alam mula menawarkan kurikulum sekolah antarabangsa, membuka jalan untuk dua kampus REAL yang lain di Cheras dan Johor Bahru untuk menyusul pada tahun berikutnya

2020

TPG Capital Asia memperoleh kepentingan majoriti dalam REAL Education Group, dengan itu menjadikan REAL sebahagian daripada Prestigion K12 Education (kini dikenali sebagai XCL Education) bersama-sama dengan KDU Smart Schools